Thursday, September 1, 2011

Diary Hitam ! ! !


9 January 2001.

Sayang, hari ini hari pertama kita bersama,
disatukan sebagai
suami isteri seperti yang kita
impikan sebelum ni.
Abang bahagia.
Abang bangga dengan ketabahan sayang.
 Abang tau Abah berat nak lepaskan sayang.
Apatah lagi Abang bukanlah calon menantu pilihan Abah .
Sangat besar pengorbanan sayang .
 Demi cinta kita, sayang sanggup
mengabaikan kepentingan diri .
Abang berjanji tak kan sia-siakan hidup sayang.

13 March 2001.

Walaupun hidup kita susah, sayang sentiasa menyambut Abang pulang
Dengan senyuman.
 Hilang segala letih dan penat lelah abang bekerja seharian.
Sayang sentiasa
berikan Abang senyuman
indah walaupun hati sayang dilanda gundah.

Hari ni sofa kita kena tarik. Abang betul-betul tertekan.
Walaupun ia
sekadar sofa, tapi
abang dapat bayangkan macam mana perasaan sayang bila pekerja kedai
perabot datang ambik sofa kita depan jiran².
Masa tu Abang takde dirumah, sayang seorang diri
menanggung semua tu.
Kesian sayang. Maafkan abang, sayang.

17 March 2001.

Hari ni sayang sakit.
 Abang tak tau macam mana sayang bertarung
dengan kesakitan masa
berseorangan dirumah tadi.
Abang rasa bersalah sebab tak dapat bagi
kemudahan telefon pada sayang,
 handset pun sayang dah jual sebab rumah kita dah tak ada beras.
Maafkan Abang,sayang.

Abang sayang Iesya.
Tapi abang tak mampu nak sediakan makanan
berkhasiat untuk sayang.
Setiap hari sayang makan telur goreng dan kicap.
Kalau kita bernasib baik,
Sayang akan goreng ikan.
 Kadang-kadang sayang tak makan tengahari tunggu
Abang balik kerja nak makan sama-sama.

18 March 2001

Iesya masih tak sedar lagi sayang? Bangunlah sayang, Abang janji
Abang akan jaga Iesya
baik-baik lepas ni. Bangunlah sayang?

Iesya, esok Abang terpaksa bawa sayang balik,
Abang dah tak ada duit nak
bayar duit hospital $75 sehari.
Maafkan Abang, Abang kesal sayang terpaksa hidup
susah macam ni.
Abang dah cuba pinjam duit dari kawan-kawan
tapi mereka pun macam abang jugak,
sengkek di tengah bulan.

21 March 2001

Abang bersyukur sayang dah sedar.
 Sayang buka mata dan senyum
Pandang Abang.
Iesya cantik walaupun bibir nampak pucat.

Abang kata Abang rindu sayang,
sayang kata Abang gatal.
Baru hari ni abang dengar suara sayang
selepas beberapa hari tak bangun.
Sayang betul² buat abang takut.

Tuan rumah datang marah² mintak duit sewa rumah.
Abang bagi pelbagai alasan.
 Abang cakap sayang sakit,
 abang banyak pakai duit bulan ni.
Tuan rumah makin naik angin,
dia kata bukan bulan ni je abang tak bayar,
 bulan lepas pun abang tak bayar.
Abang nampak sayang menangis.
Abang betul-betul rasa bersalah sebab tak mampu nak sara sayang
Sampai sayang hidup susah
macam ni.

23 March 2001.

Sayang bagi Abang barang kemas .
sayang suruh abang gadaikan dulu
buat bayar duit sewa rumah.
Abang nak menangis, tapi Abang terdesak,
Maafkan abang.
Abang takut tuan rumah halau kita.
Abang dah minta dia tunggu sampai hujung bulan,
Tapi dia berkeras sebab dah 2 bulan abang tak bayar sewa rumah.

26 March 2001.

Hari ni abang dapat gaji. Abang rasa seronok bangun pagi.
 Abang janji abang akan balik awal
dan kita akan pergi giant membeli belah.
Sayang  senyum.
Abang nak tebus balik barang kemas
yg abang gadai tu tapi duit abang tak cukup lagi.
Kesian sayang dah lah Abang tak dapat belikan barang kemas,
barang kemas mak sayang bagi pun Abang gadai.
Maafkan Abang,

4 May 2001.

Sayang selalu sakit-sakit selalu pengsan, buat Abang risau.
Abang jadi takut memikirkan apa sebenarnya penyakit Iesya.
 Doktor kata tak ada apa-apa,
Sayang pengsan cuma sebab selalu tak makan.
sayang selalu tak makan sebab tunggu abang balik
nak makan sama-sama.
Kadang-kadang sayang buat telur dadar dan kita kongsi bersama.
 Cuma hujung bulan je kita dapat makan sedap-sedap.
Abang suka ayam masak merah sayang. Sedap sangat!

9 August 2001.

Sayang, hari ni genap 8 bulan usia perkahwinan kita.
Abang rasa dalam masa 241 hari kita bersama,
mungkin takde satu hari pun yang membahagiakan sayang
hidup bersama Abang.
Abang berdosa buat sayang macam ni.

Malam ni kita bersama. Kita melayari bahtera indah, berdayung dan
bermesra untuk seketika.

Abang cuba berikan yang terbaik pada sayang kerana hanya itulah
hiburan yang dapat abang berikan
selain dari kemewahan.

Abang menikmati setiap inci tubuh sayang buat kali terakhir dengan
keikhlasan kasih sayang buat kali terakhir.

Abang tau cara Abang ni dayus.
 Tapi Abang tak sanggup lagi tengok sayang menderita,
Selalu tak cukup makan sampai sakit².
Abang tak dapat berikan nafkah zahir
sebaiknya hinggakan
sayang  terpaksa bergolok bergadai membantu abang.
Abang akan rasa lebih
dayus biarkan sayang
terus tersiksa jika abang tak ceraikan sayang.

Sayang percayalah, pemergian Abang bukan kerana abang tak berani
Nak menghadapi kesusahan ini,
 Abang dah biasa susah, tapi abang tak nak sayang tersiksa
Hidup dengan Abang.
 Kalau apa-apa jadi pada sayang abang akan lebih menyesal.

Ampunkanlah abang.
Sesungguhnya sayang tiada secalit dosa pun
dengan abang.
Tiada apa yang boleh Abang halalkan kerana
 Abang yang banyak berhutang dengan sayang.
sayang carilah hidup baru.
baliklah kepangkuan keluarga sayang dan lupakan
lelaki bodoh yang pernah
susahkan hidup sayang ni.

Abang harap sayang akan dipertemukan dengan lelaki yang lebih
layak buat sayang
Yang boleh beri makan pakai secukupnya .
Biarlah orang anggap Abang sebagai pengecut,
 Tapi sesungguhnya abang tak terdaya nak berterus terang .
Lidah Abang kelu setiap
kali berhadapan dengan sayang untuk menyatakan niat Abang.

Sampaikan salam kemaafan Abang buat Abah.
Tak ada alasan yang
dapat abang berikan
kepada dia setelah abang sia-siakan anak dia selama 8 bulan.
Abang tau sayang boleh bertahan selama manapun,
tapi abang tak sanggup lihat sayang tersiksa lebih lama lagi.
Abang titipkan duit $100 .
 Pulanglah pada keluarga sayang,
 hanya itu yang mampu abang beri.
Bakarlah diari ini selepas membacanya sebab
abang tak nak dunia tau bahawa
abanglah lelaki paling bodoh dan dayus didunia.

Sekali lagi abang minta ampun dari hujung rambut sampai hujung kaki,
halalkanlah segala kesusahan dan kepayahan sayang selama 8 bulan
hidup menderita dengan Abang.

 Dengan lafaz
Bismillahirrahmanirrahim
saya Mohd Farish Bin Hakimi menceraikan
isteri saya Nurul Fariesya Binti Halim
dengan talak satu.

Mohd Farish Hakimi
9 August 2001.  




No comments:

Post a Comment