Friday, December 30, 2011

SuRat uNtUk caLoN sUaMi...

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh…

Kehadapan calon suamiku…
Apa khabarnye iman mu hari ini? Sudahkah harimu ini diawali dengan rasa syukur kerana dapat menatap kembali fananye hidup ini? Sudahkah air wuduk menyegarkan kembali ingatanmu atas amanah yang sedang engkau gengam ketika ini?

Wahai calon suamiku…
Tahukah engkau betapa Allah sangat mencintaiku? Disini aku dilatih menjadi lebih dewasa,agar aku menjadi lebih bijak dalam menyingkap kehidupan akan dating dan hidup disampingmu kelak. Meskipun kadang-kala keluh kesah dan putus asa datang menghampiri namun kini aku rasa diri ini lebih baik.
Kadang kala aku tertanya-tanya,mengapa Allah menujiku tepat di hatiku. Bahagian terlemah pada diriku,namun aku tau jawapannya. Allah tau tempat paling tepat agar aku sentiasa kembali mengingati-Nya,mencintai-Nya. Ujian demi ujian insyaallah membuatkan aku menjadi kuat, sehingga kelak apabila kita bertemu kau bangga memiliki ku di hatimu dan meneman hari-harimu.

Calon suamiku…
Entah diman dirimu sekarang. Tapi aku yakin Allah juga mencintaimu seperti Dia mencintaiku. Aku yakin kau sedang dilatih menjadi mujahid yang hebat hingga aku bangga memilikimu kelak. Apa yang ku harap pada dirimu adalah kesolehan,smoga sama halnya dengan dirimu. Kerana apabila kecantikkan yang kau harapkan pasti kesia-siaan yang kau dapatkan.
Ketika aku dibawah jagaan ayah dan bondaku aku berdoa agar menjadi anak yang solehah supaya boleh menjadi tabungan mereka di akhirat kelak. Namun nanti setelah aku menjadi isterimu, aku berharap menjadi pendamping yang solehah agar di syurga kelak hanya aku yang menjadi bidadari yang mendampingi dirimu yang soleh.

Wahai calon suamiku..
Aku ni seorang cemburu. Tapi kalau Allah dan Rasulullah lebih kau cintai aku, aku rela. Aku harap begitu juga dirimu.
Pernah suatu ketika aku membaca sebuah kisah ‘’aku meminta pada Allah setangkai bunga segar, Dia memberi kaktus berduri. Aku minta haiwan kecil dan cantik Dia berikan ulat bulu. Aku sempat merasa kecewa, betapa tidak adilnya dunia ini. Namun kemudian kaktus berbunga indah dan ulat bulu bertukar menjadi kupu yang cantik. Itulah Allah, Dia tidak berikan apa yang kita inginkan tetapi apa yang kita perlukan’’
Aku yakin kau lah yang aku perlukan walaupun kau tidak seperti yang aku harapkan.

Calon suamiku yang dirahmati Allah..
Kelak ketika lahir generasi penerus dakwah Islam daripada pernikahan kita, bantu aku mendidiknya dengan harta yang halal, ilmu yang bermanfaat, terutama dengan menanamkan pada diri mereka ketaatan kepada Allah. Bunga akan indah pada waktunya dan akan menghiasi taman. Maka kini aku sedang persiapkan diri ini sebaiknya, bersedia menyambut kehadiranmu dalam hidupku.
Kini aku sedang belajar menjadi yang terbaik. Meski bukan umat yang terbaik, tetapi sekurangnya menjadi yang terbaik disampingmu kelak.

Calon suamiku..
Inilah sekilas harapan yang kuukirkan dalam rangkaian kata. Seperti kata orang tidak semua yang dirasa dapat diungkap dengan kata-kata. Itulah yang aku hadapi kini. Kelak bila kita bersama, di situlah kau memahami diriku dan aku akan belajar memahami dirimu.
Hidup ini indah bila kau selalu hadir disisiku setiap waktu, hingga aku hembuskan nafas yang terakhir.

Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh…

No comments:

Post a Comment